Friday, August 20, 2010

TEORI REAKTOR ARKA BERSKALA KECIL (IRONMAN)



Reaktor arka berskala kecil adalah satu lagi teori fiksyen sebuah filem iaitu Ironman The Movie, ia dikatakan adalah sumber tenaga bersih dengan pengeluaran tenaga(output) iaitu 3 gigawatt atau 3000 megawatt bersamaan dengan 3 kali kuasa sebuah loji tenaga nuklear bersaiz besar..


Dengan tujuan penciptaan asalnya oleh Tony Stark(watak utama) di dalam sebuah gua setelah diculik oleh lanun padang pasir adalah untuk melindungi jantungnya dari rosak akibat serpihan peluru/bom yang tertanam di dalam dadanya dengan menggunakan tenaga elektromagnet yang terhasil.. Tenaga reaktor arka mini yang terhasil untuk menampung jantungnya dapat bertahan untuk jangka masa hayat sebanyak 5 kali dengan anggaran tidak lebih dari 500 tahun..

Wednesday, August 4, 2010

SETSUNA F.SEIEI BIOGRAFI


Setsuna F. Seiei adalah watak utama di dalam cerita Mobile Suit Gundam 00, sebagai Gundam Meister(seseorang yang berkemahiran khas dalam perkara tertentu) di dalam sebuah organisasi separa tentera yang diberi nama Celestial Being. Dia adalah pemandu bagi jentera peperangan yang bernama Gundam dengan no model GN-001 Gundam Exia dalam musim 1, model GN-0000 00 Gundam 00 dalam musim 2 dan model GNT-0000 00 Qan(T) untuk movie yang akan datang dengan tajuk The Awakening of the Traiblazer.


ASAL USUL
Setsuna F.Seiei hanyalah nama samaran ataupun kod nama yang diberi setelah direkrut menjadi pemandu Gundam untuk Celestial Being, nama sebenar Setsuna adalah Soran Ibrahim dan berasal dari puak Kurdis.. Dibesarkan di Republik Kurgis semasa negara itu berada di dalam kancah peperangan dengan negara Azadistan pada jangka masa sebelum tahun 2310 Masihi, Setsuna dibesarkan dengan minda yang dimanipulasikan oleh Ali Al-Saachez iaitu salah satu watak penjahat(yang sukakan peperangan) juga pemimpin sebuah organisasi gerila anti-kerajaan(KPSA) yang mempergunakan kanak-kanak untuk melancarkan serangan pemberontakan.. Berdasarkan nama sebenar di dalam cerita ini, Setsuna berkemungkinan adalah beragama Islam tetapi telah mempersoalkan kewujudan tuhan?? Sebagai penonton dewasa kita mampu untuk menilai perwatakan yang positif atau negatif di dalam sesebuah cerita tetapi untuk penonton yang lebih muda atapun di bawah umur, Kay rasa mereka memerlukan bimbingan orang dewasa semasa menonton cerita ini supaya tidak mengambil bulat-bulat sesuatu watak sebagai idola.. Selain Gundam 00, kebanyakan anime yang ditayangkan di dalam media negara ini sekarang tidak sesuai  bagi tontonan kanak-kanak kerana mengandungi unsur-unsur lucah ataupun diberi nama HENTAI walaupun sedikit dan juga aksi ganas yang agak melampau.. Bagi Kay, lebih meminati robot-robot Gundam, teknologi fiksyen di dalam cerita Gundam 00 berbanding jalan ceritanya yang rumit, kusut dan agak membosankan :-P