Saturday, March 12, 2011

TWINX, comic from Malaysia..


Kay dapat tahu pasal komik ni daripada laman sesawang dalam tahun lepas, masa tu ada perbincangan hangat mengatakan komik ni meniru manga daripada jepun tetapi bukan sebab tu Kay nak kongsikan dengan semua malam ni, komik ni menarik minat Kay pada tahun lepas lagi tetapi disebabkan susahnya nak mencari dikedai-kedai buku/komik, Kay pendamkan terlebih dahulu.. Dalam tahun ni Kay tersempak semula komik ni dikedai buku, dengan pantas Kay membelinya;-) sedar tak sedar komik TwinX episod yang ke-2 telah pun berada dipasaran, untuk post kali ini Kay kongsikan episod yang pertama dahulu, dengan lukisan gaya manga, komik ni tampak lebih menarik untuk dibaca oleh pembaca muda iaitu golongan remaja(23 tahun masih dalam kategori remaja kan?) dan kanak-kanak. Bahasa Malaysia yang digunakan cukup baik ketika mengolahkan dialog-dialog hingga menampakkan watak didalamnya hidup, ini adalah pembelajaran yang baik bagi kanak-kanak.. Tak timbul persoalan jalan cerita ini meniru sesiapa, bagi Kay setiap negara perlu mempunyai komik, watak, latar belakang, penceritaan bagi mengekalkan budaya dan identiti tersendiri.. Dengan banyaknya unsur positif yang ada, komik ini sesuai dihadiahkan oleh ibubapa kepada anak-anak.

Cukuplah sampai setakat ini Kay berceloteh:p sedikit sebanyak maklumat yang Kay perolehi untuk dikongsikan..

Penulis/ Pelukis/ Konsep Cerita oleh Pac (pactwinx@gmail.com)

Sinopsis:- Ekosistem global bumi pada abad ke-23 semakin terganggu dan tidak seimbang. Situasi ini mendesak manusia meninggalkan bumi bagi mencari tempat perlindungan dalam sistem suria. Bulan dan planet marikh menjadi sasaran penempatan baru jutaan manusia.

Pada ruang angkasa antara bumi dan marikh terdapat sebuah kawasan yang dinamakan ACS (Agricultural Colony Settlement). Di situ manusia bercucuk tanam menghasilkan sumber makanan dengan bantuan alat-alat berteknologi tinggi.

Aizam, pemuda yang berasal daripada salah satu ACS dikehendaki `turun` ke bumi bagi menerima wasiat misteri nenek  moyangnya....  

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan lah komik ni dipasaran;-)


Note:- Kay bukanlah peminat kartun, komik, manga atau anime yang tegar, semua komen hanyalah hasil pengalaman dan permerhatian Kay sendiri. 

Harap suatu hari nanti komik TwinX dapat mengeluarkan model plastiknya sendiri, tak pun Kay sendiri akan membuat prototaipnya bagi pihak komik TwinX insyaAllah jika berpeluang..:-)

4 comments:

Anonymous said...

TwinX is the best comic!

Joel said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back and we'll talk about it.

Thanks!

Joel Houston
JHouston791@gmail.com

kaymaroo said...

Joel here is my email, soran8809@yahoo.com

bintangku beena said...

http://megarelease.net/2011/07/08/x-men-first-class-2011-r5-line-xvid-ac3-ltrg/

maroo....
ni link utk
X men first class....

download yg ni dlu na...
aku nak yg ni...

harap2 boleh la...hehe