Pemacu GN ataupun GN Drive dirujuk sebagai reaktor suria/tenaga, ia adalah sumber tenaga yang berkuasa yang dimiliki oleh setiap Mobile Suit Gundam 00, dicipta oleh organisasi yang bernama Celestial Being seterusnya diciplak oleh Innovators dan Linear Train Industries menjadi GN-Drive Tau iaitu versi Pemacu GN cetak rompak.. Yang membezakan antara dua adalah warna GN partikel yang dihasilkan, Pemacu GN asli menghasilkan GN partikel berwarna biru kehijauan kekuningan manakala Pemacu GN Tau berwarna merah dan juga sedikit perubahan rekabentuk tetapi seperti yang kita ketahui yang asli adalah terbaik dan lebih kualiti ;-)
Pemacu GN adalah penjana tenaga semi abadi direka dengan saiz membolehkan untuk dimuat ke dalam sesebuah mobile suit, kononnya dikatakan Pemacu GN ini adalah sumber tenaga baru yang lebih selamat, bersih di masa hadapan pada tahun 2312.. Sistem ini dikatakan memanfaatkan produk sampingan daripada pereputan baryonik(baryonic) sebagai sumber tenaga? Ehm.. Seperti setiap sumber tenaga yang lain sesebuah Pemacu GN mempunyai had untuk mengeluarkan tenaga sekaligus dalam satu jangka masa tetapi secara teori tenaga tidak akan kehabisan disebabkan sifat Pemacu GN yang akan terus membekalkan tenaga tanpa had.. Cth:- tenaga angin-tenaga kinetik/ pam tekanan angin(air compressor) yang memerlukan udara bertekanan tinggi di dalam tangki bagi menggerakkan pemutar nat atau skru..
Di dalam peperangan antara mobile suits, kuasa tanpa had ini dimanfaatkan sepenuhnya kerana kelebihan-kelebihan seperti tiada haba terhasil disebabkan tiada proses pembakaran dalam seperti enjin kereta atau pesawat, digabungkan dengan pembebasan partikel/zarah GN telah menghasilkan perisai GN ECM dan partikel penyamaran menyebabkan tidak dapat dikesan radar.. Walaupun dapat dilihat menggunakan sensor infra merah, partikel GN yang tersebar akan menyebabkan sistem elektronik radar tidak berfungsi dan juga sistem elektronik komunikasi yang lain..
2 comments:
yeah...memang berinformasi... aku suka :)
tengkiu mangyver ;-) skrang dh tukar dwi bahasa utk blog ni hehe..
Post a Comment