Tuesday, July 27, 2010

SISTEM PEMACU BERKEMBAR (TWIN DRIVE SYSTEM)

Sistem Pemacu Berkembar ataupun dalam bahasa inggerisnya Twin Drive System adalah sistem yang menggunakan dua GN-Drive dilaras untuk berfungsi mengeluarkan atau menyemburkan partikel GN secara serentak dan selari..


Pemacu Berkembar(Twin Drive) kononnya adalah teori teknologi yang berumur 200 tahun yang diasas oleh Aeolia Schenberg(juga pengasas Celestial Being) teorinya adalah jika dua GN-Drive berfungsi secara sekata dan selari dengan pengeluaran tinggi nisbah tertentu partikel GN, sebuah Gundam mampu berfungsi dengan mengeluarkan tenaga yang tertinggi dalam penggunaan partikel GN.. Kerumitan dalam teori ini ialah dua buah Gn-Drive adalah berbeza antara satu sama lain dan memerlukan pelarasan yang tepat untuk berfungsi, apabila dua GN-Drive digabungkan, kedua-duanya  mestilah mampu berfungsi secara cekap dan selari dalam purata 80% bagi menghasilkan tenaga yang stabil dan sekata di dalam GN-Drive berasingan.. Ini kerana Pemacu Berkembar(Twin Drive) itu sendiri bersifat tidak stabil atau tidak sekata dalam menghasilkan partikel dalam jumlah yang tinggi, disebabkan ini juga Sistem Pemacu Berkembar adalah unik dan hanya dihasilkan dalam bentuk model Gundam GN-0000 00..




Disebabkan sifat asal sistemnya yang tidak stabil, Celestial Being telah membangunkan sejenis peralatan penstabil partikel di dalam bentuk sebuah pesawat yang diberi nama 0 Riser ataupun nama saintifiknya GNR-010 0 Raiser bertujuan untuk mengawal sistem dengan lebih cekap supaya dapat mengerah ke tahap yang tertinggi.. Ia juga dicipta untuk membolehkan Gundam 00 GN-0000 memanfaatkan sepenuhnya Sistem Pemacu Berkembar bukan hanya untuk menstabilkan sistem tetapi juga meningkatkan kadar penghasilan partikel GN sebanyak 300%+ ketika menggunakan mode Sistem Trans-Am ataupun Sistem Raiser..


Walau bagaimana pun semua ini hanya teori sains fiksyen semata-mata, mampu atau sempatkah manusia untuk mencipta teknologi sebegini rupa, Wuallahualam ;-)

3 comments:

Awanz said...

Bro awak punya kajian tentang GN Drive memang mantap & terperinci. Penggunaan tatabahasa yang betul, mudah difahami dan santai walaupun menerangkan isu berciri saintifik. Respect bro;-O.

kaymaroo said...

tengkiu2, maybe ni sbb penah belajar teori automotif kt skolah dlu kn.. so t`kuar la sedikit s`byk bahasa kejuruteraan ni hehe.. tp x ambil semua pujian sbb rujukan byk ambil kt ternet n gundam wiki.. ;-)

Anonymous said...

Rasanya benda ni boley jd realiti.
D Jpun, ada 1 jet percubaan ni yg gne system pnerbngan yg sama dgn Gundam OO. Eksperimen d'buat utk tgk tahap klajuan jet dan sbrapa tinggi ia boleyh terbang. Smpai hari ni diorg masih buat eksperimen tu. Tak mustahil suatu hari nnti benda ni boleyh d'guna pakai dlm dunia ni.
Jd,hrp saudara dpt meneliti GN DRIVE dari masa ke smasa. kalo jmpa artikel mngenainya jgn lupa post.

Ulasan yg sgt mantap. tahniah bro!
Truskan menyokong Gundam.