Wednesday, August 4, 2010

SETSUNA F.SEIEI BIOGRAFI


Setsuna F. Seiei adalah watak utama di dalam cerita Mobile Suit Gundam 00, sebagai Gundam Meister(seseorang yang berkemahiran khas dalam perkara tertentu) di dalam sebuah organisasi separa tentera yang diberi nama Celestial Being. Dia adalah pemandu bagi jentera peperangan yang bernama Gundam dengan no model GN-001 Gundam Exia dalam musim 1, model GN-0000 00 Gundam 00 dalam musim 2 dan model GNT-0000 00 Qan(T) untuk movie yang akan datang dengan tajuk The Awakening of the Traiblazer.


ASAL USUL
Setsuna F.Seiei hanyalah nama samaran ataupun kod nama yang diberi setelah direkrut menjadi pemandu Gundam untuk Celestial Being, nama sebenar Setsuna adalah Soran Ibrahim dan berasal dari puak Kurdis.. Dibesarkan di Republik Kurgis semasa negara itu berada di dalam kancah peperangan dengan negara Azadistan pada jangka masa sebelum tahun 2310 Masihi, Setsuna dibesarkan dengan minda yang dimanipulasikan oleh Ali Al-Saachez iaitu salah satu watak penjahat(yang sukakan peperangan) juga pemimpin sebuah organisasi gerila anti-kerajaan(KPSA) yang mempergunakan kanak-kanak untuk melancarkan serangan pemberontakan.. Berdasarkan nama sebenar di dalam cerita ini, Setsuna berkemungkinan adalah beragama Islam tetapi telah mempersoalkan kewujudan tuhan?? Sebagai penonton dewasa kita mampu untuk menilai perwatakan yang positif atau negatif di dalam sesebuah cerita tetapi untuk penonton yang lebih muda atapun di bawah umur, Kay rasa mereka memerlukan bimbingan orang dewasa semasa menonton cerita ini supaya tidak mengambil bulat-bulat sesuatu watak sebagai idola.. Selain Gundam 00, kebanyakan anime yang ditayangkan di dalam media negara ini sekarang tidak sesuai  bagi tontonan kanak-kanak kerana mengandungi unsur-unsur lucah ataupun diberi nama HENTAI walaupun sedikit dan juga aksi ganas yang agak melampau.. Bagi Kay, lebih meminati robot-robot Gundam, teknologi fiksyen di dalam cerita Gundam 00 berbanding jalan ceritanya yang rumit, kusut dan agak membosankan :-P

5 comments:

Awanz said...

Awanz dah tengok Gundam OO dan saya tahu nama sebenar Setsuna adalah Soran Ebrahim. Tapi baru sekarang Awanz tahu Setsuna sebenarnya telah gunakan 3 model Gundam. tq atas info bro

mangyver5223 said...

mahukan lebih info dari Setsuna :P termasuk trivia dia

Awanz said...

Setsuna memang Muslim. Sebenarnya tak menghairankan jika dia tak percaya tuhan. Pengebom berani mati di Iraq n Afghan sama gak. Bunuh orang awam atas nama Islam. Tapi pintu taubat tidak pernah tertutup.

Crafty Prop said...

Tiada sebarang bukti yg menunjukkan bahawa setsuna beragama Islam. Nama Soran Ibrahim tidak semestinya merujuk kepada seorang Muslim, tetapi kita blh menganggapnya begitu kerana tema cerita Gundam 00 adalah mengenai pasca 9 September. Secara peribadi, plot ceritanya amatlah menarik kerana tidak terlalu straight forward dan agak unpredictable.

Anonymous said...

Setsuna/soran memang islam,tp bkn dia x pecaya tuhan,dia jadi mcm tuh sbb dibesarkan dgn ajaran "jihad" yang terpesong oleh ali(ala mcm ajaran sesat,nama ja islam tp ada juga yg ikut kan).Masalah dia,dengan ketidakadilan,kekejaman,pembunuhan,penyelewengan kat dunia tu..dia mengutarakan "dimana tuhan?"..ni la peranan pemaisuri marina ismail dgn tok imam rasal tu cuba pebetulkan tanggapan setsuna yg salah dan telah dirosakan dari kecik..dari sudut pandangan aq la

lockon stratos-yahudi
halilujah haptisem - kristian
triea andre -aetis